Friday, May 25, 2012

anak bongsu.

assalamualaikum. to all.

btw, entry ni dah beberapa hari terperuk kat draft.. busy sangat sampai tak sempat nak proceed. actually, baru habis exam and end my 1st semester 4 degree. dahsyat sungguh semester ni. seriously, cuak nak tunggu result. mengharapkan miracle dari Allah. cepat tadah tangan. ya allah, semoga NUR NABILAH ISMAIL lulus semua paper tu. ameenn.. terima kasih kepada yang mendoakan.. semoga allah bagi kesenangan di dunia dan di akhirat kepada u'll.. ameen. 

penat nak taip intro panjang lebar, so let's proceed to the entry. ANAK BONGSU. 

siapa anak bongsu a.k.a younger daughter or son sila angkat kaki tangan sekarang. 
dan aku dengan bangga dan penuh hormat angkat kepala kaki dan tangan

 "ya, saya anak bongsu, so what?

 then, manusia-manusia disekeliling akan mula bertanya soalan-soalan familiar seperti berikut:

  1. "best tak jadi anak bongsu?"
  2. "semua benda nak boleh dapat on the spot, kan?"
  3. "untunglah ada abang n akak yang dah besar n dah kerja, bolehlah mintak itu ini begitu begini?"
  4. "konfem-konfem kau manja, kan3?"
  5. "duduk rumah goyang kaki, kan?"
  6. "tak pernah kena marah, kan?"
  7. "mesti selalu dapat gi jalan2, hang out dengan kawan.etc...kan?"

haruslah list ada 7...hahaha

betul tak u'll selalu diajukan soalan2 sebegini rupa?
kalau respon anda ya, sila angguk kepala 27 kali.
kalau respon anda X, sila geleng kepala 150 juta kali *macam lagu 150 juta pulak.. 
hahaha..just joking. jangan buat aksi ini di hadapan murid anda.. hahahaha

so, nak tahu tak respon aku???
jeng jeng jeng....

respon saya ialah YA
wajiblah respon aku ya.. dah memang entry aku, mestilah aku tulis soalan2 yang pernah diajukan kat aku.. sigh*

so, hari ni aku nak jawap semua persoalan berikut...bagi u'll tahu apa yang tersirat di hati..ececeh...

  1. jadi anak bongsu BEST bila semua orang pay attention kat kita, tapi akan jadi TAK BEST bila semua benda kena control a.k.a attention terlebih. 
  2. tak semua benda boleh dapat on the spot. tak kan lah bila mintak kereta swift sebijik parents nak beli on the spot hari tu jugak.. mestilah kena tapis sana sini then baru proceed. tapi, kalau  mintak air batu malaysia konfem dapat on the spot.. hahaha.
  3. untung ada abang n akak yang dah besar n bekerja.. sebab bila rasa sesak nafas hujung bulan boleh 'buat pinjaman' tanpa perlu bayar balik kat mereka ni. tapi sampai bila nak buat macam tu kan.. elaun tiap2 bulan dapat pun tak kan lah still nak mintak diorang . diorang ada family and tanggungjawab yang lagi besar.. tapi memang best pun ada akak2 yang dah besar ni. sebab boleh sharing2 minat. misalnya aku n akak2 aku ni giler kumpul baju and tudung. so, we all akan beli tudung2 and baju then boleh share sebab we all sama saiz.. so, sangat best okay. boleh tukar-tukar baju semua2 tu. 
  4. pernah je tak mengaku manja. last2 mengaku jugak. YA, SAYA MANJA DENGAN FAMILY. hahaha.. anak last, so wajibul ghunnah aku manja dengan family. tapi tak tahu macam mana nak describe manja tu. btw, one of my senior datang rumah and tengok cara aku n family then buat konklusi, BELLA MEMANG MANJA. fine, i admit okay. *muka tak rela
  5. duduk rumah goyang kaki... kau giler ke apa.. tak kan lah suka2 hati duduk rumah mak ayah nak goyang kaki. tak pasal2 kena ganyang dengan semua orang.. hahaha.. since tapak kaki sebesar 2 jari aku dah dididik buat kerja2 rumah ni tau.. hahaha. tipu jek.. aku ada family yang expert untuk train kanak-kanak hingusan macam aku ni buat kerja rumah. contohnya akak aku. seriously, dialah yang paling hebat bab2 buli orang ni.. just imagine, time sekolah rendah aku dah kena basuh pinggan yang banyak, menyapu satu rumah and lipat baju yang ibarat macam gunung everest. dulu kecik2 selalu je merungut sebab kena buat kerja2 tu. tapi, sekarang ni rasa bersyukur sangat sebab diajar untuk buat semua kerja tu. kalau tak konfem2 sekarang ni bila balik rumah aku goyang kaki baca majalah mempelam. hahaha... 
  6. tak pernah kena marah????? siapalah yang bagi soalan macam ni.. apalah u'll ni.. semua orang pernah kena marahlah. anak bongsu ni pun manusia normal jugak. so, mestilah kena marah jugak.. takkan lah buat salah tak kena marah. amboiii..banyak cantik muka kau....hahahaha.. meh sini cheq nak bagi tahu kat hangpa semua macam mana cheq kena mrah dengan mak cheq. opps..awatlah terkeluar loghat kedah yang tak jadi ni..hehe. btw, aku pernah kena marah siap pakej rotan dengan hanger tau tak.. ni semua sebab aku balik rumah lambat. tu lah sapa suruh main tak ingat dunia. kan tak pasal2 kena balun dengan hanger. amek kau.. berdarah kaki kena rembat dengan hanger. kalau tak silap tu last time aku kena balun. after that, kalau aku hampir buat salah mesti mak aku warning berbunyi begini "jangan sampai mak rotan kau, dah lama kau tak kena"...hah..terus terkedu sebab takut..terus bla jalan sambil tunduk pandang lantai .... see, anak bongsu pun kena marah siap pakej rotan. btw, aku pernah je kena balun dengan getah paip dalam bilik air. semuanya sebab main petang2 tak ingat dunia.  anak dara main sampai maghrib. mak manalah tak melenting.. 
  7. last but not least, soalan yang ke7 ni lah penyebab aku buat entry panjang lebar ni. kasi large and bold soalan ni... "mesti selalu dapat gi jalan2, hang out dengan kawan.etc...kan?" so, jawapannya TIDAK SAMA SEKALI.. ingat senang ke nak mintak permission pergi jalan2 ni.. konfem sujud syukur kalau parents aku bagi ikut kawan travel sana sini. nak dijadikan cerita, kawan aku ajak pegi pulau redang. eksited gila nak pergi. dah berangan dah dapat main air laut yang biru lagi jernih tu.. konfiden giler parents bagi pergi. tup tup bila call mintak permission, SORRY YOUR REQUEST IS NOT ACCEPTED. rasa nak melaung satu blok hostel ni tahu tak.. dah terkeluar sikit air mata. seriously sedih kecewa frust. semua ada. dah macam2 ayat aku try ayat kat parents aku tapi tak menjadi ye. last2 give up. sebabnya parents aku buat ayat menusuk kalbu seperti  biar menangis hari ni , jangan menangis hari esok.. maksudnya, takpe sedih sebab tak dapat pergi, jangan nanti mak ayah menangis bila jadi pape kat aku masa travel....menusuk kalbu tak? konfem lah aku tak nak pergi bila parents cakap macam tu. kalau parents bagi pun still tak rasa kebebasan sebabnya setiap at least 1 hour parents aku akan call untuk aku update tempat and aktiviti yang aku sedang buat. see, macam mana risaunya mereka ni bila aku jalan2.. pernah terfikir tak nak bagi tau aku nak pegi somewhere....suddenly, mak aku call tanya tengah buat apa tu? tak pun cakap macam ni "jangan nak buat pape yang mak tak tahu" hah..amek kau kena batang hidung. hahaha.. scary kan3.. tapi tak pelik pun sebab mak kita ada instinct luar biasa yang Allah bagi nak2 bila melibatkan anak2..helloo...mestilah.. kita duduk dalam perut tu 9 bulan 9 minggu 9 hari kot. so, bila nak buat something and nak pergi somewhere its better inform kat parents dulu. supaya tak menangis di kemudian hari....think positive bahawa mereka tak benarkan mesti ada sebab and rasionalnya. so, aku decide untuk tak nak buat mak ayah aku risau. kesianlah kat mak ayah..  i love you both :) 
so, dah terjawap segala persoalan yang famous amos ni.. all in all, apa yang nak di konklusikan di sini ialah, aku bersyukur jadi anak last sebab semua orang taking care of me. semua benda pasal aku mereka ni akan update.. "owh, ila tak sihat, ila pergi sini. ila pergi sana, ila masuk ni, ila masuk tu.. " and semua orang akan tahu setiap pergerakkan aku. even kalau aku bagi tahu kat one of adik beradik aku je , still semua orang akan tahu ibarat macam ada message chain tak berdaftar pulak... kelakar kan3.. 

alhamdulillah, aku dikurniakan family yang ambil berat pasal aku.. walaupun rasa terkongkong at first, tapi itulah yang terbaik. so, what ever it is. just take the positive one. and left the negative side behind. mereka buat semua tu sebab mereka sayangkan aku. yeah, that's it baby.. hahahaha


till then, nni <3

nota butterfly: after ni dah tak boleh cakap kuat2 dalam rumah sebab ada orang pasang telinga...ingatkan tidoo.. hehehe


                        

No comments: