Friday, October 29, 2010

anda semakin matang bila.....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

dia sayang awak?

renungan buat diri ini...

syg allah,kasih allah dan cinta allah adalah melebihi syg sesipa pun kepada kita,baik ibu,bapa mahupun kekasih yg mengucapkan 10 kali ungkapan syg kepada kita.allah menunjukkan kasih syg dengan pelbagai caranya.saat ini adakah anda dapat sayang merasa kasih itu....cuba anda tutup mata rasakan kasih syg itu...wujud atau tidak??.renungkan kembali nikmat yg anda dapat....anda sihat sekarang..anda dapat belajar di universiti..atau sekurang2nya anda dapat menyambung pelajaran walaupun di mana anda belajar...masihkan tidak cukup buktinya?..atau anda mersa terlalu takabbur itu hasil usaha anda sendiri...kemudian anda buka mata..lihat..sempurnya ciptaan allah kepada kita....namun kita masih mengeluh... tidak cukup dengan itu.......manusia..



anda cuba renungkan..berapa byk silap anda dengan allah hari ini..ye..bgn pagi....anda lewat menunaikan perintahnya...ye..subuh...kemudian anda keluar untuk ke kuliah..sempurnahkan pakain anda..jarang sana ,ketat sini..hmmmm..pagi yg cerah anda gelapkan dengan dosa..malam yg kelam anda tidak terangi dengan zikrullah..anda lalai....



nah..sekarang bandingkan cinta allah dengan cinta manusia..cinta manusia akan mudah terhakis dengan sedikit sahaja kesalahan yg kita lakukan ...tapi allah ..walaupun hari2 kita di penuhi dengan dosa maksiat..allah masih menerima kita...peluang menjadi kekasihnya terbuka luas...sahabat...allah mencintai kita tanpa syarat.tak mengira hensemkah anda,cantikah anda..allah tidak menyuruh kita membalas segala nikmatnya..cuma..bersyukurlah kita...balaslah cintanya dengan melakukan apa yang dia suka dan menjauhi apa yg dia larang..sahabat...sy ingin bertanya...sipakah orng yang paling anda syg sekarang...makwe ,pakwe,honey,b,ataupun papa mama...sy tak kisah.....cuma...sy ingin bertanya hebat sgt kah cinta mereka sampai anda melupakan kekasih teragung anda..sahabat....sy juga bukan sempurna..tapi sy hanya mengajak kita bermuhasabah bersama....





terfikirkah anda.....jika syg allah seperti manusia ...hari ini,,saat ini...apa yg akan terjadi pada anda........salam muhasabah

muhasabah diri...

renungan bersama pada hari yg mulia ini...


Kenapa Tuhan Buat Neraka? Kenapa Tak Buat Syurga Je?”

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri di Pantai Timur, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya XXX telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la… Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat:
“...lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa Tuhan buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

“Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga.. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah.. Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

“Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam. Seindah hiasan adalah wanita solehah...

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga. Assalamu’alaikum.”

they are my life ever after
nothing can change my love and care to them
they are everything to me
without them i'm nothing


Wednesday, October 27, 2010

tahukah anda apa yang mencantikkan wajah?

Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulama-ulama yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekalian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya.Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu sangat menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan serta kacak. Lalu ia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?."

"Benar tuan, sungguh saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi: "Kalau saya bercakap saya tidak bohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya dengar. Kalau saya berjanji saya tepati dan jika saya diberikan sesuatu amanah saya tidak khianat."Mendengar jawaban itu, maka berkatalah Ahnaf: "Benar seperti katamu wahai orang muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia."

Thursday, October 21, 2010

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah


2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri


3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala


6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll


7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali


8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Tuesday, October 19, 2010

mood to blog

agak lama aku tak menulis dlm bolg ni..
bukan kehabisan idea..
tapi ketiadaan mood untuk menaip
since i got the eyes...
hahahaha

a lot of story to tell about the eyes..
but i still have no mood to share

problems..
today i realized that it's not easy to make someone satisfies with me..
so what can i do just be patient and think about my own feelings...