Thursday, May 8, 2014

DIA pemberi apa yang kita perlu.


kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.
kalau takut kebakaran, jangan bermain dengan api.
kalau takut dilamar perpisahan, jangan merisik pertemuan
kalau takut menderita, jangan bermain dengan cinta.
kalau takut bertanggungjawab, jangan diluah rasa hati.

aku,
belajar dari kesilapan lalu.
aku,
tahu langkah pertama telah tersasar.
aku,
terlalu cepat menghakimi.
aku,
terlalu mudah meletakkan kepercayaan.
aku, 
telah jauh tersasar dari tujuan sebenar.

tapi,
ALLAH, 
tak pernah tinggalkan aku.
ALLAH, 
tarik semula aku ketika aku tersilap langkah. 
ALLAH,
beri apa yang aku perlu.
bukan apa yang aku mahu.
ALLAH, 
tunjukkan apa yang aku tak nampak.
kerana, 
aku perlukan petunjuk DIA.

buntu,
serabut, 
penat, 
sedih,
sakit
 bergelora,
tidak tenang,
perasaan bercampur-baur.

dan 
ALLAH sentiasa ada 
saat aku buntu, 
saat aku rasa jatuh,
saat aku rasa serabut,
saat aku rasa sedih, pedih dan sakit.
ALLAH ADA
AKU PERCAYA ALLAH ADA.

kerana percayakan DIA,
masalah yang dikatakan menyerabutkan kepala,
menyakitkan hati,
memenatkan fikiran,
dalam sekelip mata,
selesai.
segala persoalan terungkai.
sehingga tiada satupun yang tidak terjawab.
semuanya telah terbentang luas di depan mata.

dalam hidup
perlu ada sifat 
JUJUR
dan
TANGGUNGJAWAB

kau telah khinati kedua-duanya.
kau tidak jujur.
mengaku diri sebagai seorang yang jujur.
tapi kau,
bukan.
dan 
kau takut untuk bertanggungjawab.
kerana, 
bagi kau, 
tiada satu pun kesilapan yang kau lakukan.

kau ucap kata sayang.
aku ucap kata sayang.
aku,
bertanggungjawab ke atas setiap ucapan aku.
kau,
meletakkan rasa semua kesalahan  di bahu aku.
aku,
hilang kepercayaan ke atas kau.

aku bukan pendendam.
aku bukan pembenci.

aku lebih sayangkan diri aku.
aku pilih untuk berhenti meluah rasa sayang.
kerana 
tak ingin diri ini 
merasai sakit yang teramat.
biarpun sakit kerana ingin merungkai kebenaran.

kepercayaan seorang perempuan bukan boleh dibawa main.
sekali kau khianati,
jangan berharap kau akan dapat semula kepercayan itu.

jangan jadi lelaki yang tamak kasih dua orang  
perempuan dalam satu masa.
jangan jadi lelaki yang jujur di mulut.
jangan jadi lelaki yang lepaskan tanggungajawab
 ke atas bahu perempuan.
jangan jadi lelaki yang tiada rasa bersalah 
atas apa yang kau luahkan.

aku mengaku kesilapan aku.
aku terima dengan redha.

aku tak perlukan lagi perasaan bersalah daripada kau.
aku tak perlukan sifat tanggungjawab kau.
aku tak perlukan lagi kepercayaan kau.

aku tahu apa yang aku perlukan. 
aku tahu kenapa ini yang aku pilih. 
bukan kerana kecewa, 

tapi kerana,
tanggungjawab sebagai seorang perempuan
 ke atas perempuan lain.
aku rasa sakit. 
dan aku tahu dia juga akan rasa sakit.
cuma,
kau buta mata.
kau buta hati.
kau hanya nampak apa yang mudah bagi kau.
kau hanya fikirkan apa yang kau rasa kau betul. 

setelah 5bulan perkenalan.
aku ambil langkah untuk berhenti
 hubungan yang tak boleh diterima akal.
kerana,
 tak sanggup dipersalahkan oleh sesiapa 
yang tidak tahu kebenaran kisah sebenar.


pesan aku, jika kau terbaca.
jadilah manusia yang bertanggungjawab.
jadilah manusia yang jujur dalam erti kata sebenar.
takut nanti,
orang hanya nampak kau dari sisi luaran.

terima kasih untuk semua perasaan ini.

kerana kesilapan aku menerima 
salam perkenalan kau.
kerana sikap tidak bertanggungjawab
dan tidak jujur kau.


aku bukan pendendam.
aku bukan pembenci.

ALHAMDULILLAH,
ini ujian ALLAH untuk aku. 
aku redha, untuk merasai bahagia.




























No comments: