Monday, February 14, 2011

i realize something



hari ni banyak benda menyedarkan aku tentang realiti dan hakikat sebenar sebuah kehidupan. hidup tak selalunya indah dan hidup ini tidak semuanya sempurna. mungkin di mata insan yang kehidupan kita cukup sempurna tapi masih ada kekurangan di dalamnya tanpa disedari oleh mereka.

ada tiga kisah yang aku dengar dari seorang insan. dan hati aku ini begitu tersentuh dek kelalaian dan kesilapan aku. kisah pertama inilah yang amat menyentuh hati seorang anak ini. seorang anak yatim yang agak susah kehidupannya kerana mengharapkan seorang ibu tunggal membanteng tulang untuk menyara kehidupan anak-anak mereka. setiap kali mengakhiri perbualan pasti tidak lekang dari bibirnya menyebut,"kakak sayang ibu". dan aku mula terfikir adakah aku selalu menyebut "ila sayang mak, ila sayang ayah" setiap kali aku berbual di telefon????honestly, jarang aku cakap mcm tu kat parents but dengan someone else aku senang nak say I LOVE YOU..

and aku mula sedar bahawa aku ini bukan la anak yang baik. bila aku nk berubah???
BELLA, YOU'RE THE ONLY ONE WHO CAN MAKE A CHANGE. NOBODY ELSE.

one more yang buatkan aku tersedar dengan realiti sebuah kehidupan ialah, kisah seorang teman yang kehidupan keluarganya agak susah. aku bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga teman ku ini. dan aku tahu dia sangat bersyukur dapat masuk ipg ni. same goes to me actually. satu ayat dia yang aku sangat terasa dan tersedar ialah, kerana kesusahan inilah yang membuatkan dia tidak merasai keseronokan yang aku dan teman2 yang lain rasa. kerana inilah juga dia tidak terfikir untuk BERCINTA....dia ingin membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa nya dulu. aku juga begitu tapi dalam masa yang sama aku ignore arahan parents aku. tak bagi kawan tapi kawan juga. tak bagi contact tapi still contact.

huh..bella, macam mana lah nak balas jasa mereka kalau kau still tak dengar cakap mak ayah kau..BELLA..BELLA..BELLA


aku sedar bahawa banyak lagi realiti kehidupan yang aku belum rasa. kadang-kadang takut nak hadapi realiti itu tapi sampai bila nak hidup dalam fantasi yang direka oleh khayalan sendiri? fikir-fikirkanlah...semoga masih ada lagi ruang dan kesempatan untuk aku merasai sebuah kehidupan yang diredhai-NYA..amin.

No comments: