Monday, December 2, 2013

air mata.

assalamualaikum. to all.


air mata.

ada orang kata perempuan murah air mata. maksudnya mudah keluarkan air mata. kadang-kadang benda kecil pun keluar air mata.

aku.
aku antara manusia yang paling mudah menitiskan air mata dalam pelbagai keadaan dan perasaan.
perasaan sedih, sedih tahap melampau. perasaan gembira yang tak terungkap dengan kata-kata. perasaan sebak (tak tahu nak describe.lols).

contoh situasi yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata:


  • tonton drama yang ada kaitan dengan mak ayah. *i guess happen to all 
  • tonton drama/cerita yang ada kaitan dengan pengalaman atau situasi aku.
  • tengok orang nikah. masa tok kadi cakap sah sah sah. air mata aku pulak yang sibuk keluar, macam aku pulak yang nikah. pengantin relax je. hahaha. cover la tu.
  • tengok gambar mak ayah. *ni masa dok jauh sikit dari mak ayah. 
  • tengok gambar anak2 buah. especially yang kecik2 denit2. 
  • tengok gambar kaabah. *i guess semua orang rasa macam ni. sebab semua orang nak pergi sana.
  • banyak lagi benda yang boleh buat aku sebak sampai menitiskan air mata. 
air mata ni adalah aset wanita. lelaki jarang keluar air mata ni. diorang simpan. perempuan susah sikit nak kawal. 

kadang-kadang menangis sampai keluar air mata ni sangat melegakan perasaan yang bercampur baur. aku selalu je menangis kuat-kuat  dalam bilik air sebab nak cool kan hati. kalau menangis dalam bilik tak boleh menangis kuat-kuat sebab ada je yang curi-curi dengar. lols. 

all in all, aku manusia yang paling murah dengan air mata. nampak je macam tough cool tapi dalaman cepat sebak. air mata ni dah macam bff. semua perasaan aku luahkan dengan air mata. pastu mata bengkak. then dah okay. relax je. 

okay. till then. 


notabutterfly: berhenti menjadi beban. berdiri atasa kaki sendiri. 







No comments: