Friday, July 27, 2012

untuk sahabat-sahabat terbaik

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim..


air mata mengalir mendahului gerak jari menaip seiring dengan kesayuan hati.

entry kali ini khas buat sahabat-sahabat terbaik aku di IPG.  mereka sahabat dunia akhirat.

aku redha.

aku berserah.


DIA perancang terhebat.


persinggahan aku di sini ternyata untuk aku mengenali insan-insan sebaik mereka.


aku tak menangis bila aku gagal.


aku tak sedih bila aku terpaksa repeat. 


tapi aku menangis bila melihat kesungguhan mereka memberi pertolongan.


air mata aku mengalir di saat mereka menghulurkan bantuan.


air mata aku mengalir tatkala mendengar dan menerima nota kata-kata semangat dari mereka.



aku sorok rasa sedih. 


aku sembunyikan air mata.


aku tunjukkan rasa gembira.


aku pamerkan senyuman.


aku tipu orang di sekeliling aku dengan wajah ceria.



bukan aku tak sudi berkongsi rasa sedih di hati. tapi aku tak sanggup bila mata-mata memandang aku dengan rasa simpati.


bukan aku tak nak berkongsi rasa susah. tapi aku  takut melihat mata-mata melihat aku dengan air mata.


ini takdir yang telah ALLAH tetapkan untuk aku.


aku terima semua ini dengan redha. bukan rezeki aku di sini. aku percaya dengan Qada' dan Qadar ALLAH.


doakan sesuatu yang lebih baik untuk aku di luar sana. 


doakan aku jadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan akan datang.


doakan aku berjaya. 


aku doakan kalian berjaya menjadi seorang teacher.


aku doakan kalian kuat menghadapi kehidupan ini.


aku doakan kalian mendapat yang terbaik dalam hidup. 


terima kasih ya ALLAH kerana beri aku kesempatan dan peluang untuk aku kenal dengan mereka. mereka sahabat terbaik. mereka sahabat dunia akhirat aku. berikan mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. dan berikan kepada hanya yang terbaik. amenn.












No comments: