Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Ramadhan...ianya bermula di sini.

assalamualaikum. to all..

ini cubaan entah kali ke berapa untuk mengupdate entry belog. tak tahu nak mula dari mana. semoga kali ini berjaya :)

bismillahirrahmannirrahim. 

sebelum Ramadhan. 

Akal fikiran dan hati tidak lagi betah untuk meneruskan perjalanan hidup di sini. dan hati ini cukup kuat mengatakan Ramadhan kali ini bakal mengulangi peristiwa lalu. doa tanpa henti semoga Allah berikan sesuatu yang lebih baik. akal dan hati ini dah terlalu lama terseksa. hanya Dia yang tahu. 

1 Ramadhan. 

usai solat asar. mak dan ayah membawa khabar duka. bersama renungan kecewa. dalam hati moga allah kuatkan hati mendengar segala kata-kata terluka luahan hati kecewa daripada seorang ibu dan ayah. setia mendengar tanpa kata yang terucap. air mata mula jatuh. tak sanggup bertentang mata dengan mak dan ayah. cukup takut. tapi itulah yang perlu aku hadapi. ini kali kedua aku bawa kekecewaan ke dalam hati mereka. aku punahkan harapan tinggi menggunung mereka. aku matikan harapan mereka. bagi mereka, tiada lagi yang boleh membahagiakan mereka. tiada lagi harapan. aku tidak menyalahkan mereka. siapa yang tak kecewa bila seorang anak melanjutkan pengajian di suatu tempat yang mereka kata terbaik dan terjamin masa depan gagal meneruskan pengajian. ibu bapa mana yang tersenyum bahagia bila anak mereka terpaksa keluar kerana gagal. mak dan ayah berhak rasa kecewa dan sedih. dan aku tanpa henti berdoa agar mak dan ayah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan percaya bahawa kegagalan hari ini bukanlah satu titik noktah dalam hidup anaknya ini. 

2 Ramadhan. 

Alhamdulillah. rasa syukur yang tak terhingga kerana aku dikurniakan dua orang kakak kandung dan seorang sahabat terbaik serta dua orang kakak kurniaanNYA yang cukup memahami. merekalah sumber kekuatan untuk aku terus kuat menghadapi segala keperitan. Terima kasih kerana sentiasa di sisi. 

3 Ramadhan. 

Alhamdulillah. Allah kabulkan doa hambaNya yang hina ini. mak dan ayah akhirnya dapat menerima dengan hati terbuka. tiada lagi ungkapan rasa kecewa yang ada kata-kata semangat supaya aku terus pandang ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang. Alhamdulillah. 

4 Ramadhan. 

keyakinan aku untuk mengorak langkah terus ke hadapan tiba-tiba terganggu dek mereka yang datang bersama kata-kata yang mengelirukan. dan saat itu aku nekad untuk diam tanpa sebarang tindakan sehinggalah keluar keputusan sebenar. diam tanpa kata dan tindakan bukan bererti aku mengaku kalah. Allah lebih tahu. 

5 Ramadhan.

keputusan hampir muktamad. tempat ini bukan lagi milik aku. aku bakal meninggalkan tempat ini.   
ya Allah....hanya Kau yang tahu hati aku ketika ini. 

6 Ramadhan. 

aku masih lagi diam tanpa sebarang tindakan. kerana hati ini cukup yakin sesuatu yang lebih baik menanti di luar sana. cukuplah akal dan hati ini terseksa tak siapa yang tahu. aku percaya pada takdir Allah. dan ini takdir untukku. 

sebelum 12 Ramadhan. 

hari-hari aku ditemani air mata. air mata ini jatuh kerana kesedihan menggunung perlu meninggalkan sahabat-sahabat sebaik dan sehebat mereka. 

aku tidak lagi dapat fokus dalam kuliah. akal aku tidak lagi mampu berfikir untuk menyiapkan tugasan. syukur aku punya sahabat terbaik yang membantu. dan syukur aku punya sahabat-sahabat yang seakan-akan mengerti keperitan dalam hati. terima sahabat-sahabat dunia akhirat. 

aku cuba menjauhkan diri. takut nanti kesedihan makin tinggi menggunung. semakin aku menjauhkan diri, semakin mereka hampir denganku. mereka datang bertanya khabar. mereka datang bersama seribu satu persoalan yang tak terungkap dengan kata-kata. dan aku tak mampu memberi sebarang kata. aku memilih untuk diam selagi ianya tidak pasti. 

dan hampir setiap hari aku terima sesuatu pemberian daripada mereka tanpa nama. sebuah buku motivasi yang cukup penuh dengan kata-kata semangat. dan juga patung comel tergantung di beg. terima kasih atas pemberian tanpa nama ini. 

jujur aku katakan. aku tidak sanggup masuk ke kelas. duduk bersama mereka. berborak kosong. bergurau dan ketawa bersama mereka. aku cuba pamerkan wajah gembira. aku cuba sorokkan rasa sedih. kerana aku tak ingin mereka lihat aku dengan pandangan sedih dan simpati. kerana itu aku pilih untuk berdiam diri. 

dan hari-hari aku lebih banyak diluangkan bersama mereka yang aku baru kenali. walaupun singkat tempoh perkenalan kami, tapi aku merasakan tautan kasih dalam perkenalan ini. terima kasih ya Allah atas kurnian indah ini. 

12 Ramadhan. 

keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya di depan mata. aku disahkan gagal untuk meneruskan pengajian di sini. keputusan seperti yang telah dimaklumkan oleh pensyarah. sama seperti dulu. aku menguruskan segalanya seorang diri. setelah mendapat surat rasmi aku terus  memaklumkan kepada sahabat-sahabat dunia akhiratku. aku kuatkan hati memaklumkan berita ini. belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mereka terlebih dahulu mengeluarkan air mata. satu persatu mata ku renung. aku percaya mereka sudah mengetahuinya cuma belum mendapat kepastian. dan hari ini mereka mendapat kepastian dari mulutku sendiri. ya allah. hanya Kau yang tahu betapa beratnya hati dan mulut ini untuk berbicara. 

13 Ramadhan. 

malam terakhir bersama mereka. berbuka puasa bersama mereka. meluangkan masa bersama mereka. seperti biasa. mata ini takut melihat ke dalam anak mata mereka.  senyuman sentiasa di bibir. aku tahan air mata dari jatuh. tak ingin dilihat oleh mereka. 

14 Ramadhan. 

hari terakhir di sini. aku ke kelas seperti biasa. memakai baju rasmi. kali terakhir. aku kuatkan diri berjumpa seorang demi seorang lecturer yang berjasa. pelbagai reaksi aku terima. mereka sangat supportive. mereka kata, this is not the ending of my life. peluang itu sentiasa ada di hadapan orang yang mencarinya. insyallah. 

aku melangkah keluar dari sini. berakhirlah episod suka duka aku di sini. 

tempat ini adalah satu persinggahan yang Allah rancang untuk aku supaya aku dapat mengenali insan-insan terbaik seperti mereka. juga tempat persinggahan untuk aku belajar tentang kehidupan yang tidak pernah  lekang dengan pelbagai dugaan. satu persinggahan yang singkat untuk bekalan sepanjang hayat. insyaAllah...

"ya Allah, aku panjatkan rasa syukur atas segala anugerah terindah yang Kau kurniakan. Kau kurniakan mak dan ayah yang memahami, adik-beradik yang menyokong aku tanpa henti, dan sahabat-sahabat terbaik dunia akhirat. terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusanku. semoga perjalanan hidupku selepas ini dilindungi dan diberkati olehMu. "

terima kasih kepada semua yang mendoakan serta pemberian dari kalian. tidak terungka dengan kata-kata saat kalian datang bersalaman dan memeluk aku. betapa sedih rasa hati. tetapi ini takdir Ilahi. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 


16 Ramadhan. 

aku mula mengorak langkah ke hadapan berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sana. aku bukan  lagi mahasiswa guru di sana. biarpun mereka punya pelbagai tanggapan atas kegagalan aku di sana, namun, aku punya alasan tersendiri. biarkan ia tersimpan rapi di dalam hati. 

Terima kasih sahabat terbaik dunia akhirat, Nursyahida kerana tidak henti-henti beri aku kekuatan, sokongan dan kata-kata semangat di saat aku rasakan diri ini tidak mampu lagi berdiri.    Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

terima kasih juga buat kedua-dua kakak anugerah Ilahi. kak gee dan kak teha. biarpun perkenalan ini terlalu singkat tetapi kerana kita tautkan ia dengan kasih sayang, saya percaya ianya akan kekal hingga akhir hayat. insyaAllah. 


Alhamdulillah. hanya ini yang mampu terungkap dengan kata-kata. Semoga Allah permudahkan urusanku selepas ini. Perjalanan hidup yang semakin singkat perlu diteruskan. tiada lagi tolehan ke belakang. fokus utama adalah masa hadapan dan tiada lagi kekecewaan yang akan ku bawa ke dalam hati mak dan ayah. insyaAllah. 

Friday, July 27, 2012

untuk sahabat-sahabat terbaik

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim..


air mata mengalir mendahului gerak jari menaip seiring dengan kesayuan hati.

entry kali ini khas buat sahabat-sahabat terbaik aku di IPG.  mereka sahabat dunia akhirat.

aku redha.

aku berserah.


DIA perancang terhebat.


persinggahan aku di sini ternyata untuk aku mengenali insan-insan sebaik mereka.


aku tak menangis bila aku gagal.


aku tak sedih bila aku terpaksa repeat. 


tapi aku menangis bila melihat kesungguhan mereka memberi pertolongan.


air mata aku mengalir di saat mereka menghulurkan bantuan.


air mata aku mengalir tatkala mendengar dan menerima nota kata-kata semangat dari mereka.



aku sorok rasa sedih. 


aku sembunyikan air mata.


aku tunjukkan rasa gembira.


aku pamerkan senyuman.


aku tipu orang di sekeliling aku dengan wajah ceria.



bukan aku tak sudi berkongsi rasa sedih di hati. tapi aku tak sanggup bila mata-mata memandang aku dengan rasa simpati.


bukan aku tak nak berkongsi rasa susah. tapi aku  takut melihat mata-mata melihat aku dengan air mata.


ini takdir yang telah ALLAH tetapkan untuk aku.


aku terima semua ini dengan redha. bukan rezeki aku di sini. aku percaya dengan Qada' dan Qadar ALLAH.


doakan sesuatu yang lebih baik untuk aku di luar sana. 


doakan aku jadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan akan datang.


doakan aku berjaya. 


aku doakan kalian berjaya menjadi seorang teacher.


aku doakan kalian kuat menghadapi kehidupan ini.


aku doakan kalian mendapat yang terbaik dalam hidup. 


terima kasih ya ALLAH kerana beri aku kesempatan dan peluang untuk aku kenal dengan mereka. mereka sahabat terbaik. mereka sahabat dunia akhirat aku. berikan mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. dan berikan kepada hanya yang terbaik. amenn.












dedication for them

assalamualaikum to all.

Bismillahirrahmannirrahim...


280610
hari pertama melihat wajah-wajah mereka. 
hari pertama mengukir senyuman. 
hari pertama mengenali mereka.
hari pertama bertanya nama. 
hari pertama bertegur sapa.

280611
tahun pertama bersama mereka. 
tahun pertama belajar bersama.
tahun pertama menimba pengalaman.

280612
tahun kedua lebih mesra.
tahun kedua hidup bersama.
tahun kedua lebih mengenali.
tahun kedua menambah pengalaman.
tahun kedua meneroka kehidupan bersama-sama.

semoga tahun-tahun seterusnya lebih 
indah
manis
bermakna









Friday, May 25, 2012

anak bongsu.

assalamualaikum. to all.

btw, entry ni dah beberapa hari terperuk kat draft.. busy sangat sampai tak sempat nak proceed. actually, baru habis exam and end my 1st semester 4 degree. dahsyat sungguh semester ni. seriously, cuak nak tunggu result. mengharapkan miracle dari Allah. cepat tadah tangan. ya allah, semoga NUR NABILAH ISMAIL lulus semua paper tu. ameenn.. terima kasih kepada yang mendoakan.. semoga allah bagi kesenangan di dunia dan di akhirat kepada u'll.. ameen. 

penat nak taip intro panjang lebar, so let's proceed to the entry. ANAK BONGSU. 

siapa anak bongsu a.k.a younger daughter or son sila angkat kaki tangan sekarang. 
dan aku dengan bangga dan penuh hormat angkat kepala kaki dan tangan

 "ya, saya anak bongsu, so what?

 then, manusia-manusia disekeliling akan mula bertanya soalan-soalan familiar seperti berikut:

  1. "best tak jadi anak bongsu?"
  2. "semua benda nak boleh dapat on the spot, kan?"
  3. "untunglah ada abang n akak yang dah besar n dah kerja, bolehlah mintak itu ini begitu begini?"
  4. "konfem-konfem kau manja, kan3?"
  5. "duduk rumah goyang kaki, kan?"
  6. "tak pernah kena marah, kan?"
  7. "mesti selalu dapat gi jalan2, hang out dengan kawan.etc...kan?"

haruslah list ada 7...hahaha

betul tak u'll selalu diajukan soalan2 sebegini rupa?
kalau respon anda ya, sila angguk kepala 27 kali.
kalau respon anda X, sila geleng kepala 150 juta kali *macam lagu 150 juta pulak.. 
hahaha..just joking. jangan buat aksi ini di hadapan murid anda.. hahahaha

so, nak tahu tak respon aku???
jeng jeng jeng....

respon saya ialah YA
wajiblah respon aku ya.. dah memang entry aku, mestilah aku tulis soalan2 yang pernah diajukan kat aku.. sigh*

so, hari ni aku nak jawap semua persoalan berikut...bagi u'll tahu apa yang tersirat di hati..ececeh...

  1. jadi anak bongsu BEST bila semua orang pay attention kat kita, tapi akan jadi TAK BEST bila semua benda kena control a.k.a attention terlebih. 
  2. tak semua benda boleh dapat on the spot. tak kan lah bila mintak kereta swift sebijik parents nak beli on the spot hari tu jugak.. mestilah kena tapis sana sini then baru proceed. tapi, kalau  mintak air batu malaysia konfem dapat on the spot.. hahaha.
  3. untung ada abang n akak yang dah besar n bekerja.. sebab bila rasa sesak nafas hujung bulan boleh 'buat pinjaman' tanpa perlu bayar balik kat mereka ni. tapi sampai bila nak buat macam tu kan.. elaun tiap2 bulan dapat pun tak kan lah still nak mintak diorang . diorang ada family and tanggungjawab yang lagi besar.. tapi memang best pun ada akak2 yang dah besar ni. sebab boleh sharing2 minat. misalnya aku n akak2 aku ni giler kumpul baju and tudung. so, we all akan beli tudung2 and baju then boleh share sebab we all sama saiz.. so, sangat best okay. boleh tukar-tukar baju semua2 tu. 
  4. pernah je tak mengaku manja. last2 mengaku jugak. YA, SAYA MANJA DENGAN FAMILY. hahaha.. anak last, so wajibul ghunnah aku manja dengan family. tapi tak tahu macam mana nak describe manja tu. btw, one of my senior datang rumah and tengok cara aku n family then buat konklusi, BELLA MEMANG MANJA. fine, i admit okay. *muka tak rela
  5. duduk rumah goyang kaki... kau giler ke apa.. tak kan lah suka2 hati duduk rumah mak ayah nak goyang kaki. tak pasal2 kena ganyang dengan semua orang.. hahaha.. since tapak kaki sebesar 2 jari aku dah dididik buat kerja2 rumah ni tau.. hahaha. tipu jek.. aku ada family yang expert untuk train kanak-kanak hingusan macam aku ni buat kerja rumah. contohnya akak aku. seriously, dialah yang paling hebat bab2 buli orang ni.. just imagine, time sekolah rendah aku dah kena basuh pinggan yang banyak, menyapu satu rumah and lipat baju yang ibarat macam gunung everest. dulu kecik2 selalu je merungut sebab kena buat kerja2 tu. tapi, sekarang ni rasa bersyukur sangat sebab diajar untuk buat semua kerja tu. kalau tak konfem2 sekarang ni bila balik rumah aku goyang kaki baca majalah mempelam. hahaha... 
  6. tak pernah kena marah????? siapalah yang bagi soalan macam ni.. apalah u'll ni.. semua orang pernah kena marahlah. anak bongsu ni pun manusia normal jugak. so, mestilah kena marah jugak.. takkan lah buat salah tak kena marah. amboiii..banyak cantik muka kau....hahahaha.. meh sini cheq nak bagi tahu kat hangpa semua macam mana cheq kena mrah dengan mak cheq. opps..awatlah terkeluar loghat kedah yang tak jadi ni..hehe. btw, aku pernah kena marah siap pakej rotan dengan hanger tau tak.. ni semua sebab aku balik rumah lambat. tu lah sapa suruh main tak ingat dunia. kan tak pasal2 kena balun dengan hanger. amek kau.. berdarah kaki kena rembat dengan hanger. kalau tak silap tu last time aku kena balun. after that, kalau aku hampir buat salah mesti mak aku warning berbunyi begini "jangan sampai mak rotan kau, dah lama kau tak kena"...hah..terus terkedu sebab takut..terus bla jalan sambil tunduk pandang lantai .... see, anak bongsu pun kena marah siap pakej rotan. btw, aku pernah je kena balun dengan getah paip dalam bilik air. semuanya sebab main petang2 tak ingat dunia.  anak dara main sampai maghrib. mak manalah tak melenting.. 
  7. last but not least, soalan yang ke7 ni lah penyebab aku buat entry panjang lebar ni. kasi large and bold soalan ni... "mesti selalu dapat gi jalan2, hang out dengan kawan.etc...kan?" so, jawapannya TIDAK SAMA SEKALI.. ingat senang ke nak mintak permission pergi jalan2 ni.. konfem sujud syukur kalau parents aku bagi ikut kawan travel sana sini. nak dijadikan cerita, kawan aku ajak pegi pulau redang. eksited gila nak pergi. dah berangan dah dapat main air laut yang biru lagi jernih tu.. konfiden giler parents bagi pergi. tup tup bila call mintak permission, SORRY YOUR REQUEST IS NOT ACCEPTED. rasa nak melaung satu blok hostel ni tahu tak.. dah terkeluar sikit air mata. seriously sedih kecewa frust. semua ada. dah macam2 ayat aku try ayat kat parents aku tapi tak menjadi ye. last2 give up. sebabnya parents aku buat ayat menusuk kalbu seperti  biar menangis hari ni , jangan menangis hari esok.. maksudnya, takpe sedih sebab tak dapat pergi, jangan nanti mak ayah menangis bila jadi pape kat aku masa travel....menusuk kalbu tak? konfem lah aku tak nak pergi bila parents cakap macam tu. kalau parents bagi pun still tak rasa kebebasan sebabnya setiap at least 1 hour parents aku akan call untuk aku update tempat and aktiviti yang aku sedang buat. see, macam mana risaunya mereka ni bila aku jalan2.. pernah terfikir tak nak bagi tau aku nak pegi somewhere....suddenly, mak aku call tanya tengah buat apa tu? tak pun cakap macam ni "jangan nak buat pape yang mak tak tahu" hah..amek kau kena batang hidung. hahaha.. scary kan3.. tapi tak pelik pun sebab mak kita ada instinct luar biasa yang Allah bagi nak2 bila melibatkan anak2..helloo...mestilah.. kita duduk dalam perut tu 9 bulan 9 minggu 9 hari kot. so, bila nak buat something and nak pergi somewhere its better inform kat parents dulu. supaya tak menangis di kemudian hari....think positive bahawa mereka tak benarkan mesti ada sebab and rasionalnya. so, aku decide untuk tak nak buat mak ayah aku risau. kesianlah kat mak ayah..  i love you both :) 
so, dah terjawap segala persoalan yang famous amos ni.. all in all, apa yang nak di konklusikan di sini ialah, aku bersyukur jadi anak last sebab semua orang taking care of me. semua benda pasal aku mereka ni akan update.. "owh, ila tak sihat, ila pergi sini. ila pergi sana, ila masuk ni, ila masuk tu.. " and semua orang akan tahu setiap pergerakkan aku. even kalau aku bagi tahu kat one of adik beradik aku je , still semua orang akan tahu ibarat macam ada message chain tak berdaftar pulak... kelakar kan3.. 

alhamdulillah, aku dikurniakan family yang ambil berat pasal aku.. walaupun rasa terkongkong at first, tapi itulah yang terbaik. so, what ever it is. just take the positive one. and left the negative side behind. mereka buat semua tu sebab mereka sayangkan aku. yeah, that's it baby.. hahahaha


till then, nni <3

nota butterfly: after ni dah tak boleh cakap kuat2 dalam rumah sebab ada orang pasang telinga...ingatkan tidoo.. hehehe


                        

Tuesday, May 22, 2012

sometimes.

assalamualaikum .to all.

my friend, cik ten2 datang bertandang kat my room sweet room for  a 'while'. a while means more than 2 hours okay. hahaha. chit chatting sikit2 tiba2 terkeluar pulak story bout love experiences. hahaha. macam takde story lain pulak kan. surprisingly, i only declared with a guy once in my lifetime till today. and the others are just on 'surface'. refuse and avoid to declare. reason? sebab tak suka!!!! 

tapi pelik ke couple sekali je? hahaha..mestilah pelik sebab sekarang orang couple banyak2 kali sebelum nikah. itu orang lain, bukan aku. kita tak sama. even tak declare still aku 'kawan' dengan ramai orang. yeah, tak dinafikan untuk kenal setiap sudut manusia tu..hahaha. 

and as for me, random talk, tak salah kenal and kawan dengan ramai manusia berjantina lelaki selagi tak melanggar syariat Islam. sebabnya, dari sini kita akan kenal jenis-jenis manusia yang ada atas muka bumi ni. kita boleh identify attitude mereka ni sama ada suka mengongkong, suka ambil kesempatan, sweet talker, bajet concern, poyo, perasan, suka-suka, serius dan banyak lagi. macam-macam ada. 

so that, bila dah tahu lelaki tu ada one of perangai negatif ni or more than one, bolehlah segera angkat kaki and buat muka selamba macam tak kenal and jangan pandang belakang especially kalau jumpa manusia jenis sweet talker. hahaha. takut nanti tersangkut balik. sebab iman manusia ni ibarat lebih nipis dari kulit bawang. 

back to our chit chatting, i shared my 'love story' which i never forget because i never delete it from my  'hard disk'. yeah, cinta kura-kura lah katakan. so, sampai sekarang ingat. *bajet dah hidup 35 tahun pulak.  from capital letter A to Z. and sometimes i want it back. hahaha. mestilah mustahil kan. 

then, suddenly, one of my friends posted this in FB :


rasa macam kena batang hidung sendiri masa tu. admitted. it is just right. but still it is impossible to be happened even though things may be happened unexpectedly. 

till then, with love. 


notabutterfly: i'm pretty sure that you'll never be my readers. 

counting. things to be happened.

assalamualaikum. to all readers.

already 1:35a.m. tapi masih berjaga disebabkan 'tertidur' after maghrib. and 'terminum' pulak old town white coffee hazelnut yang menggoda tu. so, ended up dengan stay up. 

last time, i was thinking to make a few changes in my wishlist. and i did. the changes have been made after i had rationalized why i have to do so and so. however, those latest wishlist are safely keep in my own 'memory card' and those 7 wishes will remain there ----> on the right side. and will always add up by time to time. 

5 more days to go. 
counting 
1 2 3 4 5
from
 
to 

seriously, cuak sebab nak turn to 20. i have things to be changed by the time i turn to 20. few people might claim the changes as 'gila' or 'insane'. but, no matter what,  it'll happen.  may Allah ease everything. ameen..


notabutterfly: you'll never expect the decision. 



Tuesday, May 8, 2012

Bingkisan Keberkatan

assalamualaikum to all.

mood: kekenyangan. full dengan KFC+ICECREAM+ROTI+AIR + + + + 
dan sekarang rasa MENGANTUK yang terlampau.  hehehe....
seriously, kenyang. nasib baik lah tak breakfast like a king pagi tadi.. so, bolehlah lunch like a king+queen+princess++++ . maksudnya malam ni kena 'puasa'. *bajet macam on DIET jek... 
actually, semua ni lecturer we all yang sangat baik hati yang treat sebab tolong dia buat something hari tu. so, dah macam jamuan class la jugak. 

oppss.. terlebih pulak intronya. selalu je lari topik. haha.. btw,  nak story pasal event last night di BISA(balai islam saidatina aisyah) a.k.a surau. and i was the emcee for the event. and aku sampai lambat. macam mana tu???? emcee datang lambat..haisshhhh... pastu dah kelam kabut..cakap pun macam tunggang langgang. hahahaha..actually, majlis tu sepatutnya start jam 8:00pm. tapi penceramah nak start awal dalam jam 7:40pm. aku sampai 7:39pm. so, moral of the story, kalau jadi emcee make sure datang 1 jam before majlis supaya sebarang perubahan boleh di update. my mistake. fullstop. learn from mistake and mistake is an art... hahahaha.

berbalik kepada tajuk diatas, ceramah Bingkisan Keberkatan ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad bin Aspari dari Institut Tahfiz dan Al-Quran Negeri Sembilan, Master Trainer Akademik Sukses Training & Consultancy. Pengisian yang telah disampaikan nampak ringkas tetapi padat dengan bingkisan sebagai bekalan untuk menghadapi exam. ramai berpendapat pengisian yang disampaikan tidak begitu jelas dan tidak mencapai objektif atau bahasa lainnya tidak synchronize dengan tema/tajuk majlis tersebut. namun, sebagai manusia, abaikan segala kekurangan dan ambil pengisian yang bermanfaat yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan untuk membentuk jiwa dan peribadi muslimah. insyallah.. ameen. 

antara pengisian yang disampaikan ialah, terdapat 6 perkara yang perlu ada dalam diri seseorang insan untuk SUKSES dalam hidup. 

  1. IKHLAS
  2. MENGHARGAI MASA
  3. CERIA
  4. KERJASAMA
  5. FOKUS
  6. BERHIJRAH
Hidup adalah pilihan kita. tiada siapa yang berhak tentukan selain kita. sebab kita ialah moderator kepada LIFE yang Allah bagi. oleh sebab itulah kita perlu buat pilihan yang bijak dan terbaik disamping dapatkan nasihat dan bimbingan orang terdekat. kenapa kita perlukan nasihat dan pandangan orang lain? sebab kadang-kadang kita buat keputusan ikut nafsu, ikut kawan, kita hati, dan mungkin juga ikut suka tanpa fikir pro and cons setiap decision yang kita buat. sebelum buat pilihan timbang semula baik buruk atau positive dan negative dan kemudian barulah boleh pejam mata dan kata INI PILIHAN AKU DAN AKU YAKIN DENGAN PILIHAN AKU. ulang kata-kata ini supaya bila kita rasa give up kata-kata ini mampu  bantu bangunkan kita semula. 

you all tahu tak game yang popular kat Australia tu? boomerang kan? hah. you all pernah main or pernah sentuh?or tahu nak main tak? okay, aku tak tahu and mungkin juga tak pernah sentuh tapi tahulah juga macam mana bentuk fizikal benda tu and cara nak main. 

this is what we called boomerang 

life kita ni boleh disamakan dengan boomerang ni. pelik tak? kenapa ye? macam ni, boomerang ni bila orang expert baling or campak akan balik semula pada orang tersebut. tak kiralah jauh mana pun orang expert tu dah baling. samalah dengan hidup kita ni. dalam hidup ni setiap apa yang kita lakukan dan katakan akan balik pada diri kita semula. contohnya, kita buat jahat pada orang one day orang akan buat jahat pada kita. sebab ni hukum karma. sama jugak bila kita selalu cakap benda negative pada orang lain or even pada diri sendiri , tak mustahil benda tu akan balik semula pada diri kita. contohnya, kita selalu cakap kita TAK BOLEH BUAT maka kita memang tak boleh buat. ataupun kita cakap kita GIVE UP maka kita akan give up tanpa usaha untuk improve. oleh yang demikian, kalau kita sayangkan diri kita katakan HANYA YANG POSITIF pada diri kita supaya kita hidup dalam positif. sebagai contoh, katakan AKU PANDAI x juta2 kali Insyallah dengan izin ALLAH kita akan pandai walaupun memang Allah dah kurniakan kepandaian kepada kita sejak azali lagi. dan sentiasa katakan kepada diri kita AKU BOLEH insyallah dengan izin Allah kita boleh lakukannya.. maka, dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dan sentiasa memperingatkan diri sendiri dan orang lain supaya kita sama dapat hidup dengan redha ALLAH. insyallah, sebaik-baik janji.... 

till then, nni <3


notabutterfly: notahatiuntukhati




Wednesday, May 2, 2012

21 days.



assalamualaikum. to all.. morning everyone. 

just wanna share something which i never forget till today. it was my first experience and it remains till now. simple to say, because i never 'delete' it. 

this song was given by the 'memory'. the 'card' is just nice in my box. i'll will not throw it away. simple to say, because i love to be yours before. but for now onward it might be impossible......

cold

Looking back at me I see
That I never really got it right
I never stopped to think of you
I'm always wrapped up in
Things I cannot win
You are the antidote that gets me by
Something strong
Like a drug that gets me high

What I really meant to say
Is I'm sorry for the way I am
I never meant to be so cold

To you I'm sorry about all the lies
Maybe in a different light
You could see me stand on my own again
Cause now i can see
You were the antidote that got me by
Something strong like a drug that got me high

I never meant to be so cold

I never really wanted you to see
The screwed up side of me that I keep
Locked inside of me so deep
It always seems to get to me
I never really wanted you to go
So many things you should have known
I guess for me theres just no hope
I never meant to be so cold


till then, nni.....<3



notabutterfly: 21 days - just nice. may i have that 21 days again?


Tuesday, May 1, 2012

delete is equal to forget

assalamualaikum to all..


MAY is coming!!!!! see how time is running sooooo fast.. 
alamaakkkk.. 26 days more.. i'm going to 



and my exam is just around the corner.. 12 days more to go and i'm still here. huh... 
bila nak wake up nih. haisshh..

 btw, just wanna say that i already deleted few entries which i felt negative and 
remove those who are not invited in my life.



why? it is easy to say that delete mean to forget. bila rasa marah kita rasa nak luahkan tapi bila rasa marah dah hilang ofcoz la kena delete entry tu :) 
sebab takut2 nanti bila terbaca semula entry tu rasa marah tu datang semula.. hehehe.. 
logik tak? 
and about removing 'friend' is just like this.
 i just don't know you and i'm not interested to know you. 
i love to make friend. but it is not you 
peace :)   


till then. with love, nni



notabutterfly: sangat seronok berbasikal ke bandar hilir@jonker walk. try it and u'll feel the awesome!

Friday, March 16, 2012

nak tahu sesuatu?

assalamualaikum to all.

it's already 2:15 a.m and i'm still awake in front of my lovely lappy.

saya sayang mereka sebab mereka KAWAN TERBAIK!

adila fazleen.
syida.
ateyn.
ashratul.
fa.
diyana.
ana.


and

all the TESL 1 beauties.


okay. mood terhuru-hara seketika disebabkan beberapa faktor.
PERINGATAN:
mood saya huru-hara bukan sebab peribadi!
saya tak ada masalah peribadi buat masa ni.
so, saya sedang motivate diri.
kalau mereka boleh teruskan, saya pun boleh!
kalau dulu saya boleh lakukan, sekarang pun saya boleh!
ini destinasi yang Allah berikan.
so, aku perlu teruskan perjalanan sebab tak ada jalan lain untuk aku patah balik.
reverse are prohibited.
thanks for those who gave me such a motivated words to wake me up from the ground.


millions of thank for these four persons.

DANJ.
MIK.
HAZ.
AFCM.

i promise to make a change.
insyallah.
if there's a will, there's a way.

notabutterfly: saya masuk dengan A, tapi dia masuk dengan E dan dia berjaya sampai ke tahap ini. 
                    maksudnya, tiada yang mustahil untuk berjaya. Dia boleh, dan saya pun boleh. 








Tuesday, March 13, 2012

wishlist dah cukup 7 :)

assalamualaikum.. to all.

lama tak meng-update story. banyak sangat story yang nak share. last2 semuanya tersimpan rapi dalam memory kepala yang semakin penuh ni. so, hari ni terasa nak update pasal WISHLIST yang belum cukup 7 tu. sekarang ni dah cukup dah... terasa bahagia :) so, nak tahu tak wishlish ke-7 dan ke-8 tu??? sape nak tahu sila angkat kepala!!!! hahaha.. just joking.

sila tengok wishlist di sebelah kanan anda ------->

7. left-handed collections. saya nak bukak kedai barangan untuk left-handed a.k.a kidal macam saya. Most things in this world are made for the right handed person. No wonder why it’s so hard for a left handed person to use a pair of scissors, and oh how I hate those 3 ring binders, and how the ink smears across the paper while I’m writing.





8. biscuits' cafe. this is what i dream off. sekarang ni berlambak cafe with cakes and breads. tapi sangat jarang jumpa cafe biskut.betul tak? bestnya kalau dapat masuk ke cafe yang penuh dengan variety of biscuits. awesome! 





perasan tak both of my wishlist are business field. tak ada kaitan langsung dengan education field. hurmm.. konfius seketika bersama kitkat. hahaha.
 i love teaching and i do love business. so, i want to go into both. insyallah. if GOD wills. this is only my future planning. i planned. but HE decides. may ALLAH ease my way of life. aminnn.. 
okay. dah lengkap 7 wishlist ni. i wish it to become true. aminn... 




notabutterfly: semalam saya dah tersilap langkah, hari ini saya sedar kesilapan itu, esok, saya janji, saya tak akan ulang kesilapan itu lagi. it better late than never. 






Wednesday, February 22, 2012

DIA lebih tahu isi hati

assalamualaikum. to all. have a very fine and nice day.

people can change if they are given a chance

dan Allah sedang beri aku peluang untuk aku lakukan perubahan dalam diri 
mungkin itu juga satu ujian Ilahi kepada aku, hambaNYA yang sering lalai 

one of my good friend said,
bila hati ini terasa untuk berubah, maka teruskanlah, kerana takut-takut rasa itu hanya datang sekali. 

DIA sering berikan peluang kedua kepada hambaNYA.
dan aku percaya kadangkala, peluang kedua itu lebih baik dari yang pertama. 
maka, jangan sia-siakan peluang diberikan oleh Allah. 
yang penting, jangan pernah berputus asa 
ianya satu ujian Ilahi untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-hambaNYA. 



notabutterfly: watched Jujur Aku Dayus 



Friday, February 17, 2012

tranformasi diri...

assalamualaikum .to all.

one of my good friend told me,
'bila datang rasa ingin lakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik,
 maka teruskanlah walaupun satu perubahan yang kecil."
and, i started to thinking whether i am ready to do the transformation of myself. 
am i ready enough?
yes i am. 
but still,
i have to slowly make a move. 
because, 
a drastic changes sometimes will be worst. 



ya allah, guide me, help me and bless me in my way of changing my self to be a better person. 
i did so much mistakes in my life. 
but, please do not make my mistakes as a barrier for you to give me your guidance and bless. 
aminnn... 



notabutterfly: mistakes is not an art. but still it has its own value whereby its may give a person such a valuable experience to us. so, don't afraid to make a mistake in order to learn something in life. (measwell,2012)




Sunday, February 5, 2012

azura is not only a typical malay movie :)

assalamualaikum  to all :)

Saturday is the best day to spend a day together with our beloved. and today, i choose to spend my day with my lovely cousin Chacha. we shared a lot of stories together and we have planned something for our future. as we all know, we plan what we want to achieve in our life time, but Allah the only one can make it true.
The best in this outing was, we watched a malay movie of Azura which was directed by Aziz M.Osman and her own wife Lily as the producer.
This watching time wasn't in my list-to-do at first, but suddenly, we felt wanna watch a movie and Azura was the lucky movie for today. 
Talking about Azura,  its all about L.O.V.E, but, there are things behind this love story. 
While watching this movie, my mind kept thinking about the meaning behind the all the scenes in this movie. 
this movie is not only a typical malay movie that always show the ordinary story line. this movie is different and it shows to me how extraordinary it is. 
maybe there are people will silly look towards my comment, but this is what i see from this malay movie. 
first, i was somehow argued w some people about early age marriage. there is a question mark why people especially family, somehow doesn't agree when a teenager asks permission for marry her/his partner. this is what was happened in my family before i found the rational answer. and i got an answer from this movie. wanna know the reason of WHY? 
because, marriage is not an easy thing like we learn ABC or 123 or like we play a game such crossword puzzle. marriage is about to share every single thing in our life with our spouse. sharing means we do everything together and we share the easiness and the difficulties together.
but, when it happens oppositely, the marriage will face a problem even just a silly problem. 
  when talking about early age marriage, i am focusing on 2 in 1 couple who are marry and study at the same time. they are killing two birds in one shot. why i said so? because, they do 2 BIG things in life in 1 SHORT time. how incredible they are, isn't it? 
do they realize that the marriage phase is not an easy to go through? especially when they are still early in studies. don't they feel like to achieve their vision and ambition before they step into the next phase of their life? 
i got the answers for all the questions . 
and this is what i got. 
life is about something to be experienced, to be learned, to be explored. 
and i see there are things that will be a barrier to achieve certain things in life. especially in achieving our ambition and our desire.
people may say this, married person can still can achieve their ambition and desire. 
but, they don't see that marriage still build a block between. 
lets see a dialogue from this film,
"sanggup kau ketepikan cita-cita kau demi seorang suami?sedangkan kau punya masa depan yang cerah? "
2 difficult decisions to be made , only one can be chose. 
marriage OR future.

and my answer is, my FUTURE is in my hand. so, i would like to fulfill all my wish list first and marriage will come after. because, today is not the same as the back time. 
but, if Allah says, my time is coming in this few more years before i finish my study,
 i'm nobody to say NO. i juz follow what HE had decided for my life time. 
i wish to get the best from HIM. amenn.. 


*this is my personal opinion. i write what i think. any comment? please do write below :)

notabutterfly: i'm planning my future life :)


Friday, January 27, 2012

maaf. saya buat anda macam.......

assalamualaikum. to all.

selamat hari jumaat semua. mood saya hari ni happy :) rasa nak senyum sampai telinga. hahaha..tipu okay.  Alhamdulillah. semalam air mata keluar then pagi2 subuh saya dah tersenyum.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan pula petir & kilat. Kita tertanya2 kemana hilangnya matahari.. Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..



try tengok balik title entry ni dgn intro entry.. macam tak synchronize jek.. hahaha.. tu baru intro laa.

*********************
maaf, saya dah buat awak macam daun kering yang awak bagi :(
saya tak pernah perasan pun selama ni saya dah buat awak macam tu. 
bila nak saya cari, bila tak nak saya ignore awak. 
tapi awak sabar. 
tapi saya, makin lama makin ignore awak. 
kenapa?
 saya tak bosan. 
saya tak boring.
saya tak penat. 
saya tak letih. 
and i'm not sick of you. 
but WHY? 
saya sendiri tak tahu. 
walaupun saya tahu
saya ada jawapan tu. 
semalam saya termenangis. 
sebab rasa bersalah. 
sebab tiba-tiba rasa sakit. 
mungkin ini yang awak rasa bila saya ignore awak. 
padan muka saya. 
 this is what we called as
KARMA. 

my good friend always reminds me, 
that i wasn't suppose doing this to you. 
what have i done is totally wrong. 
YES
i ADMIT. 
totally my fault and mistakes. 

tapi awak tahu kan kenapa saya buat semua ni? 
saya tahu awak tahu.

 and to make it easier. 
saya rasa 
its better we just 
FOLLOW THE FLOW
hang up this story
and just wait  and this story end up by itself 
and  just let the time decides for us.

*********************




notabutterfly: sometimes when we let the feelings grow up, we such welcoming the HOPE. 









Thursday, January 26, 2012

wishlist di sebelah kanan------>

assalamualaikum .to all.

nampak tak wishlist kat sebelah kanan tu? hah.. hari ni nak story 1 per 1 pasal wishlist tu.
  1. umrah : ni hajat aku yg 1st after habis belajar untuk bawak parents aku.. insyallah. semoga allah murahkan rezeki aku.. maksudnya dari sekarang dah kena buat SAVING..tak boleh nak shopping sakan okay :)
  2. EOS 1100D : kenapa model ni? sebab yuna model camera ni! haha..mestilah tak. actually tak kisah pun model apa2. maybe time nak beli dslr ni dah keluar model2 yang lagi up-to-date:) so i'll choose that one yang lagi smart and better :)
  3. swift : sebab dia comel :) n i adore the blue one :) seriously bernafsu bila tengok kereta comel ni. * even macam tak worthy tapi ni kan wish list. :P
  4. Casa de Rio : cuba teka nama apa ni? jeng jeng jeng...sebenarnya ini ialah nama salah sebuah hotel di Paris  Melaka. suka hotel ni sebab betul-betul sebelah sungai melaka. and sangat suka suasana kat sini. opps.. nak buat apa dengan hotel ni? haha..sy nak honeymoon kat sini.. boleh tak? logik tak? haha..i don't care. pelik tak orang melaka tapi juz nak HM kat melaka.. mesti korang cakap dah takde tempat lain ke kat dunia ni??? haha.. actually macam ni: kalau mr.future husband aku orang melaka, aku nak HM luar dari melaka.. jauh2 dari melaka. tapi kalau mr.future husband bukan orang melaka,aku nak HM kat sini:) next HM baru pergi tempat lain okay :) * dreaming off
  5. RM27592.00 : banyaknya RM.. haha.. cuba teka RM apa ni??? hahaha....tak boleh bagi tau :) sometimes there's something that should be left with Question Mark [?]
so, anybody yang nak volunteer untuk sponsor and tick [/] kat wishlist ni tak? sila angkat kaki n tangan :p. sy sangat menghargai and sayang lebih kat anda <3.... hahaha. JJK * aten said is as just joking. 

tak cukup lagi lah wishlist ni. sepatutnya ada 7 tapi belum terfikir lagi.. nanti i update lagi wishlist ni. 

sometimes there's something need to be changed and added up :)

notabutterfly: i might be afraid to lose someone like you because  you're such a GOOD friend to me. let's time decide it for US <3


Thursday, January 19, 2012

birthday prank #1

assalamualaikum.. to all..

morning and have a nice day!!!
okay, tiba2 mata tak mengantuk. maksudnya boleh buat 1 entry untuk hari ini..
wanna story morry bout a birthday prank that has been planned by US (syida, ila, bella, aten, ika n fa) for SYAZANA FATIN actually ada lagi sorang (DIDI) tapi tak join sebab tertido ... . very simple prank i think. let's check what we have done for her birthday prank:


  1. syida 'curi' jam kesayangan ana. then bungkus as if bagi hadiah birthday.
  2. ika, ila n bella 'rompak' phone Nokia a.ka. cik KIA then sorokkan kat dalam bilik. and we all berjaya buat ana menangis :) sorry syg. 
  3. syida 'tadah' air water cooler dalam baldi untuk simbah ana
  4. ila 'pungut' telur ayam kat rumah untuk baling kat ana.. tapi aten dengan selambanya pecahkan telur tu dalam baldi yang berisi air water cooler. 
  5. fa juz ready with camera sebab dia akan record semua yang jadi time prank.. 
  6. WE all buat muka simpati sebab ana kehilangan jam and cik KIA. simpati tapi tak tolong cari... hehehe
  7. main kejar2 kat hostel and rasa macam hostel tu kitorang je ada. oppss..dah takde senior nak marah macam last year :) 
  8. ana yang dah basah lencun plus bau telur buat serangan balas kejar we all and peluk kitorang. okay, bau telur sangat hanyir ye :) please jangan main telur lagi.. 
so, dah tengok check list. you all agak2 siapa mastermind prank ni???? hurmm... the Mastermind is US .. so to make it fair n square, each of us will experience the birthday prank.. 

*gambar tak boleh diupload disebabkan beberapa faktor. 

notabutterfly: i love them :)

Friday, January 13, 2012

muka baru :)

Assalamualaikum.. to all

MUKA BARU...buat plastic surgery ke? oppsss..ofcoz la tak.. sy bersyukur dengan kurniaanNYA. tak sanggup rasanya nak mengubah ciptaanNYA yang terlalu indah. okay, melalut sudah.. actually, muka baru is referring to my new FACEBOOK. why i create a new one? hah, here my answers:

  1. my previous FB was attacked by a virus and something had been posted by my FB which i never realized it till my friend told me. it wasn't me okay. video tu dipost dalam groups. Ingatkan 1 group je, rupanya a few more groups. okay, frankly speaking, SAYA MALU walaupun bukan sy yang buat. my friends knew it wasn't my fault. but then, still, there are people said i was the one who posted the video. see, how cruel this technology towards me. this is what we called a LIFE.. 
  2. sangat takut sebab rasa macam maruah dicabuli, so, i decided to create another one which i only add MY FRIENDS and also MY RELATIVES. i won't be approved anybody who i never know. i learn something from this thing, which is don't easily believe anybody in this kind of world. 
  3. sy semakin dewasa bila angka 2 dihadapan. i'm going to 20 just a few more month. and i think this is the best time to make a move and left the rest behind. at first rasa rugi sebab create new fb sebab banyak upload gambar. but then, bila pikir2 balik, i must start a NEW one. tak rugi bila kita buat something untuk dpaatkan yang lebih baik. kalau dulu, main upload je gambar2 tanpa ditapis, tapi sekarang saya janji, gambar2 yang akan diupload akan ditapis terlebih dahulu. matured tak sy? hahaha.. 
mungkin banyak lagi reasons tapi tak semua boleh dikongsi bersama. 

                                                      

this is my new email for my FB:  nni_bella27@yahoo.com
add me if you think that you're a friend of mine :)

till then. 

nota butterfly: muhasabah diri. mungkin ada khilaf yang dilakukan tanpa sedar. 

Sunday, January 1, 2012

entry pertama 2012

assalamualaikum.. to all.. 

1st day in 2012.. i'm not going to wish anything. don't ask WHY. 
......................................
this entry is for someone who i owe him many stories but then i just wanna share only one for today.. the rest are still keep in 'buku 555'. okay!! don't worry you'll get them all , one day means not today.. 

yesterday, i promise to story you about the drama on 'aduh sayang' right...so let me write them here and it easy for you to read.. 
.......................................
aduh sayang. 

it's all about a life after married. there's a  young-married couple who have 2 little children. both husband and wife are working at different places and nobody can take care of their children while they are working. so, they decided to send their children to one of nurseries nearby. but then, their life is still look miserable as they could not handle their children very well. they have to wake up every night when the children are crying or else the children sometimes are under-controlled. they sometimes late to office, sleepy. and feel tired while working. these should not happen while working, right?

however, everything change after one fine day.......

one day, they visit their parents. and their parents could see how miserable their life are. so, they give an opinion to them to ease their burden. their parents volunteer to take care of their children and they may take them on weekends. it sound easy but for them, it's too difficult to let their children away from them. however, after thinking the pro and cons, finally they agreed and let their parents look after the little children. 

in just few weeks, a lot of things happen and the most important is they seem like more cheerful and enthusiastic in their office. everyone can see their changes. until, the husband get an offered to work at Melbourne. the husband gives an idea to the wife to continue her masters there. sounds good and everyone is happy with the offer except the wife because, she thinks about the little children. they could not afford to hire someone to look after their children or send them to nursery. so, their parents once again trying to help them. they once again volunteer to look after the little children while they stay there in 3 years. 

however, they only come back after 5 years. what do they expect after 5 years leave the children with their   grandparents. so many things change in 5 years. both little children are growing up. they start thinking about their parents and they are too close to their grandparents. they called them 'mak' and 'ayah'. can you see how close they are. they seems could not accept their own parents. and feel angry to them. they are too young to think the reasons of WHY. fortunately, their grandparents know how to talk to the children. 

to make it short, the husband and wife start to give up and admit it as their own fault at first. however, the children are also start to think about it. they realize that they should not do that to their parents. 
finally, they live happily ever after......

............THE END..........

that's all i think. i hope you like it.. so, you can mark as PAY in your 'buku 555'. hahaha.. the rest i'll pay it later.. later means not today.. 


okay, saya nak berbahasa melayu setelah mengarut dalam English language. okay, admit ayat tunggang - langgang. at least cuba okay. banyak yang perlu di improve. tahun baru ni saya improve okay. 

cerita ni sangat best. seronok tengok sampai rasa nak gelak guling-guling. kelakar and i wonder if it'll happen to me. semoga tidak. saya dah fikirkan solution untuk masalah ni semalam.  okay, my future husband take note ya.

this is my idea: 
  • saya nak seorang m.a.i.d. tapi half day sebab saya kerja pagi sampai petang so malam saya boleh take over.. . 


reasons: 
  • saya tak nak hantar anak2 kat rumah parents saya ok. 
  • saya nak parents saya rehat goyang kaki je kat rumah 
  • saya tak nak berhenti kerja selagi ada cara nak selesaikan masalah... penat2 saya belajar 5 tahun setengah kat ipg tercinta senang2 awak nak saya berhenti kerja... oppss, sorry.. saya tak nak sebab saya akan sangat sayang career saya as teacher. so, before get marry kita discuss pasal ni yek.. kalau tak saya tak nak kawin.. FULLSTOP. I DONT CARE....
hahaha..dah macam buat paperwork pulak... tapi ni la realitinya.. so, kepada my future husband seriously, take note okay. tak kisah siapa pun anda.. we'll meet after few more years okay.. saya taknak jumpa anda sekarang.. peace :)

that's all...till then. love you all.. 

p/s: future planning is a must. kita merancang, Allah jua yang menentukan.. semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. aminnnn... 







Saturday, December 31, 2011

final tears for 2011

assalamualaikum. to all.

entry hanya bertajuk.
tanpa isi.
sy tak mampu berkata.
hanya ini yang saya mampu.
air mata ni memang disimpan untuk mengakhiri tahun 2011.
sy cuba untuk senyum sekarang.
tapi tak boleh.
senyuman ini untuk tahun baru 2012.
tapi azam sy telah pun bermula sejak 1 muharram.
............................
tanpa kata. air mata jadi saksi.

p/s: i'll let u drop till the last teardrop. but, i'll keep all the teardrops to wake me up from a fairy's dream.