Showing posts with label ipg's life. Show all posts
Showing posts with label ipg's life. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Ramadhan...ianya bermula di sini.

assalamualaikum. to all..

ini cubaan entah kali ke berapa untuk mengupdate entry belog. tak tahu nak mula dari mana. semoga kali ini berjaya :)

bismillahirrahmannirrahim. 

sebelum Ramadhan. 

Akal fikiran dan hati tidak lagi betah untuk meneruskan perjalanan hidup di sini. dan hati ini cukup kuat mengatakan Ramadhan kali ini bakal mengulangi peristiwa lalu. doa tanpa henti semoga Allah berikan sesuatu yang lebih baik. akal dan hati ini dah terlalu lama terseksa. hanya Dia yang tahu. 

1 Ramadhan. 

usai solat asar. mak dan ayah membawa khabar duka. bersama renungan kecewa. dalam hati moga allah kuatkan hati mendengar segala kata-kata terluka luahan hati kecewa daripada seorang ibu dan ayah. setia mendengar tanpa kata yang terucap. air mata mula jatuh. tak sanggup bertentang mata dengan mak dan ayah. cukup takut. tapi itulah yang perlu aku hadapi. ini kali kedua aku bawa kekecewaan ke dalam hati mereka. aku punahkan harapan tinggi menggunung mereka. aku matikan harapan mereka. bagi mereka, tiada lagi yang boleh membahagiakan mereka. tiada lagi harapan. aku tidak menyalahkan mereka. siapa yang tak kecewa bila seorang anak melanjutkan pengajian di suatu tempat yang mereka kata terbaik dan terjamin masa depan gagal meneruskan pengajian. ibu bapa mana yang tersenyum bahagia bila anak mereka terpaksa keluar kerana gagal. mak dan ayah berhak rasa kecewa dan sedih. dan aku tanpa henti berdoa agar mak dan ayah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan percaya bahawa kegagalan hari ini bukanlah satu titik noktah dalam hidup anaknya ini. 

2 Ramadhan. 

Alhamdulillah. rasa syukur yang tak terhingga kerana aku dikurniakan dua orang kakak kandung dan seorang sahabat terbaik serta dua orang kakak kurniaanNYA yang cukup memahami. merekalah sumber kekuatan untuk aku terus kuat menghadapi segala keperitan. Terima kasih kerana sentiasa di sisi. 

3 Ramadhan. 

Alhamdulillah. Allah kabulkan doa hambaNya yang hina ini. mak dan ayah akhirnya dapat menerima dengan hati terbuka. tiada lagi ungkapan rasa kecewa yang ada kata-kata semangat supaya aku terus pandang ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang. Alhamdulillah. 

4 Ramadhan. 

keyakinan aku untuk mengorak langkah terus ke hadapan tiba-tiba terganggu dek mereka yang datang bersama kata-kata yang mengelirukan. dan saat itu aku nekad untuk diam tanpa sebarang tindakan sehinggalah keluar keputusan sebenar. diam tanpa kata dan tindakan bukan bererti aku mengaku kalah. Allah lebih tahu. 

5 Ramadhan.

keputusan hampir muktamad. tempat ini bukan lagi milik aku. aku bakal meninggalkan tempat ini.   
ya Allah....hanya Kau yang tahu hati aku ketika ini. 

6 Ramadhan. 

aku masih lagi diam tanpa sebarang tindakan. kerana hati ini cukup yakin sesuatu yang lebih baik menanti di luar sana. cukuplah akal dan hati ini terseksa tak siapa yang tahu. aku percaya pada takdir Allah. dan ini takdir untukku. 

sebelum 12 Ramadhan. 

hari-hari aku ditemani air mata. air mata ini jatuh kerana kesedihan menggunung perlu meninggalkan sahabat-sahabat sebaik dan sehebat mereka. 

aku tidak lagi dapat fokus dalam kuliah. akal aku tidak lagi mampu berfikir untuk menyiapkan tugasan. syukur aku punya sahabat terbaik yang membantu. dan syukur aku punya sahabat-sahabat yang seakan-akan mengerti keperitan dalam hati. terima sahabat-sahabat dunia akhirat. 

aku cuba menjauhkan diri. takut nanti kesedihan makin tinggi menggunung. semakin aku menjauhkan diri, semakin mereka hampir denganku. mereka datang bertanya khabar. mereka datang bersama seribu satu persoalan yang tak terungkap dengan kata-kata. dan aku tak mampu memberi sebarang kata. aku memilih untuk diam selagi ianya tidak pasti. 

dan hampir setiap hari aku terima sesuatu pemberian daripada mereka tanpa nama. sebuah buku motivasi yang cukup penuh dengan kata-kata semangat. dan juga patung comel tergantung di beg. terima kasih atas pemberian tanpa nama ini. 

jujur aku katakan. aku tidak sanggup masuk ke kelas. duduk bersama mereka. berborak kosong. bergurau dan ketawa bersama mereka. aku cuba pamerkan wajah gembira. aku cuba sorokkan rasa sedih. kerana aku tak ingin mereka lihat aku dengan pandangan sedih dan simpati. kerana itu aku pilih untuk berdiam diri. 

dan hari-hari aku lebih banyak diluangkan bersama mereka yang aku baru kenali. walaupun singkat tempoh perkenalan kami, tapi aku merasakan tautan kasih dalam perkenalan ini. terima kasih ya Allah atas kurnian indah ini. 

12 Ramadhan. 

keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya di depan mata. aku disahkan gagal untuk meneruskan pengajian di sini. keputusan seperti yang telah dimaklumkan oleh pensyarah. sama seperti dulu. aku menguruskan segalanya seorang diri. setelah mendapat surat rasmi aku terus  memaklumkan kepada sahabat-sahabat dunia akhiratku. aku kuatkan hati memaklumkan berita ini. belum sempat aku menghabiskan kata-kata, mereka terlebih dahulu mengeluarkan air mata. satu persatu mata ku renung. aku percaya mereka sudah mengetahuinya cuma belum mendapat kepastian. dan hari ini mereka mendapat kepastian dari mulutku sendiri. ya allah. hanya Kau yang tahu betapa beratnya hati dan mulut ini untuk berbicara. 

13 Ramadhan. 

malam terakhir bersama mereka. berbuka puasa bersama mereka. meluangkan masa bersama mereka. seperti biasa. mata ini takut melihat ke dalam anak mata mereka.  senyuman sentiasa di bibir. aku tahan air mata dari jatuh. tak ingin dilihat oleh mereka. 

14 Ramadhan. 

hari terakhir di sini. aku ke kelas seperti biasa. memakai baju rasmi. kali terakhir. aku kuatkan diri berjumpa seorang demi seorang lecturer yang berjasa. pelbagai reaksi aku terima. mereka sangat supportive. mereka kata, this is not the ending of my life. peluang itu sentiasa ada di hadapan orang yang mencarinya. insyallah. 

aku melangkah keluar dari sini. berakhirlah episod suka duka aku di sini. 

tempat ini adalah satu persinggahan yang Allah rancang untuk aku supaya aku dapat mengenali insan-insan terbaik seperti mereka. juga tempat persinggahan untuk aku belajar tentang kehidupan yang tidak pernah  lekang dengan pelbagai dugaan. satu persinggahan yang singkat untuk bekalan sepanjang hayat. insyaAllah...

"ya Allah, aku panjatkan rasa syukur atas segala anugerah terindah yang Kau kurniakan. Kau kurniakan mak dan ayah yang memahami, adik-beradik yang menyokong aku tanpa henti, dan sahabat-sahabat terbaik dunia akhirat. terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusanku. semoga perjalanan hidupku selepas ini dilindungi dan diberkati olehMu. "

terima kasih kepada semua yang mendoakan serta pemberian dari kalian. tidak terungka dengan kata-kata saat kalian datang bersalaman dan memeluk aku. betapa sedih rasa hati. tetapi ini takdir Ilahi. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 


16 Ramadhan. 

aku mula mengorak langkah ke hadapan berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sana. aku bukan  lagi mahasiswa guru di sana. biarpun mereka punya pelbagai tanggapan atas kegagalan aku di sana, namun, aku punya alasan tersendiri. biarkan ia tersimpan rapi di dalam hati. 

Terima kasih sahabat terbaik dunia akhirat, Nursyahida kerana tidak henti-henti beri aku kekuatan, sokongan dan kata-kata semangat di saat aku rasakan diri ini tidak mampu lagi berdiri.    Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

terima kasih juga buat kedua-dua kakak anugerah Ilahi. kak gee dan kak teha. biarpun perkenalan ini terlalu singkat tetapi kerana kita tautkan ia dengan kasih sayang, saya percaya ianya akan kekal hingga akhir hayat. insyaAllah. 


Alhamdulillah. hanya ini yang mampu terungkap dengan kata-kata. Semoga Allah permudahkan urusanku selepas ini. Perjalanan hidup yang semakin singkat perlu diteruskan. tiada lagi tolehan ke belakang. fokus utama adalah masa hadapan dan tiada lagi kekecewaan yang akan ku bawa ke dalam hati mak dan ayah. insyaAllah. 

Friday, July 27, 2012

untuk sahabat-sahabat terbaik

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim..


air mata mengalir mendahului gerak jari menaip seiring dengan kesayuan hati.

entry kali ini khas buat sahabat-sahabat terbaik aku di IPG.  mereka sahabat dunia akhirat.

aku redha.

aku berserah.


DIA perancang terhebat.


persinggahan aku di sini ternyata untuk aku mengenali insan-insan sebaik mereka.


aku tak menangis bila aku gagal.


aku tak sedih bila aku terpaksa repeat. 


tapi aku menangis bila melihat kesungguhan mereka memberi pertolongan.


air mata aku mengalir di saat mereka menghulurkan bantuan.


air mata aku mengalir tatkala mendengar dan menerima nota kata-kata semangat dari mereka.



aku sorok rasa sedih. 


aku sembunyikan air mata.


aku tunjukkan rasa gembira.


aku pamerkan senyuman.


aku tipu orang di sekeliling aku dengan wajah ceria.



bukan aku tak sudi berkongsi rasa sedih di hati. tapi aku tak sanggup bila mata-mata memandang aku dengan rasa simpati.


bukan aku tak nak berkongsi rasa susah. tapi aku  takut melihat mata-mata melihat aku dengan air mata.


ini takdir yang telah ALLAH tetapkan untuk aku.


aku terima semua ini dengan redha. bukan rezeki aku di sini. aku percaya dengan Qada' dan Qadar ALLAH.


doakan sesuatu yang lebih baik untuk aku di luar sana. 


doakan aku jadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan akan datang.


doakan aku berjaya. 


aku doakan kalian berjaya menjadi seorang teacher.


aku doakan kalian kuat menghadapi kehidupan ini.


aku doakan kalian mendapat yang terbaik dalam hidup. 


terima kasih ya ALLAH kerana beri aku kesempatan dan peluang untuk aku kenal dengan mereka. mereka sahabat terbaik. mereka sahabat dunia akhirat aku. berikan mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. dan berikan kepada hanya yang terbaik. amenn.












dedication for them

assalamualaikum to all.

Bismillahirrahmannirrahim...


280610
hari pertama melihat wajah-wajah mereka. 
hari pertama mengukir senyuman. 
hari pertama mengenali mereka.
hari pertama bertanya nama. 
hari pertama bertegur sapa.

280611
tahun pertama bersama mereka. 
tahun pertama belajar bersama.
tahun pertama menimba pengalaman.

280612
tahun kedua lebih mesra.
tahun kedua hidup bersama.
tahun kedua lebih mengenali.
tahun kedua menambah pengalaman.
tahun kedua meneroka kehidupan bersama-sama.

semoga tahun-tahun seterusnya lebih 
indah
manis
bermakna









Tuesday, May 1, 2012

delete is equal to forget

assalamualaikum to all..


MAY is coming!!!!! see how time is running sooooo fast.. 
alamaakkkk.. 26 days more.. i'm going to 



and my exam is just around the corner.. 12 days more to go and i'm still here. huh... 
bila nak wake up nih. haisshh..

 btw, just wanna say that i already deleted few entries which i felt negative and 
remove those who are not invited in my life.



why? it is easy to say that delete mean to forget. bila rasa marah kita rasa nak luahkan tapi bila rasa marah dah hilang ofcoz la kena delete entry tu :) 
sebab takut2 nanti bila terbaca semula entry tu rasa marah tu datang semula.. hehehe.. 
logik tak? 
and about removing 'friend' is just like this.
 i just don't know you and i'm not interested to know you. 
i love to make friend. but it is not you 
peace :)   


till then. with love, nni



notabutterfly: sangat seronok berbasikal ke bandar hilir@jonker walk. try it and u'll feel the awesome!

Friday, March 16, 2012

nak tahu sesuatu?

assalamualaikum to all.

it's already 2:15 a.m and i'm still awake in front of my lovely lappy.

saya sayang mereka sebab mereka KAWAN TERBAIK!

adila fazleen.
syida.
ateyn.
ashratul.
fa.
diyana.
ana.


and

all the TESL 1 beauties.


okay. mood terhuru-hara seketika disebabkan beberapa faktor.
PERINGATAN:
mood saya huru-hara bukan sebab peribadi!
saya tak ada masalah peribadi buat masa ni.
so, saya sedang motivate diri.
kalau mereka boleh teruskan, saya pun boleh!
kalau dulu saya boleh lakukan, sekarang pun saya boleh!
ini destinasi yang Allah berikan.
so, aku perlu teruskan perjalanan sebab tak ada jalan lain untuk aku patah balik.
reverse are prohibited.
thanks for those who gave me such a motivated words to wake me up from the ground.


millions of thank for these four persons.

DANJ.
MIK.
HAZ.
AFCM.

i promise to make a change.
insyallah.
if there's a will, there's a way.

notabutterfly: saya masuk dengan A, tapi dia masuk dengan E dan dia berjaya sampai ke tahap ini. 
                    maksudnya, tiada yang mustahil untuk berjaya. Dia boleh, dan saya pun boleh. 








Thursday, January 19, 2012

birthday prank #1

assalamualaikum.. to all..

morning and have a nice day!!!
okay, tiba2 mata tak mengantuk. maksudnya boleh buat 1 entry untuk hari ini..
wanna story morry bout a birthday prank that has been planned by US (syida, ila, bella, aten, ika n fa) for SYAZANA FATIN actually ada lagi sorang (DIDI) tapi tak join sebab tertido ... . very simple prank i think. let's check what we have done for her birthday prank:


  1. syida 'curi' jam kesayangan ana. then bungkus as if bagi hadiah birthday.
  2. ika, ila n bella 'rompak' phone Nokia a.ka. cik KIA then sorokkan kat dalam bilik. and we all berjaya buat ana menangis :) sorry syg. 
  3. syida 'tadah' air water cooler dalam baldi untuk simbah ana
  4. ila 'pungut' telur ayam kat rumah untuk baling kat ana.. tapi aten dengan selambanya pecahkan telur tu dalam baldi yang berisi air water cooler. 
  5. fa juz ready with camera sebab dia akan record semua yang jadi time prank.. 
  6. WE all buat muka simpati sebab ana kehilangan jam and cik KIA. simpati tapi tak tolong cari... hehehe
  7. main kejar2 kat hostel and rasa macam hostel tu kitorang je ada. oppss..dah takde senior nak marah macam last year :) 
  8. ana yang dah basah lencun plus bau telur buat serangan balas kejar we all and peluk kitorang. okay, bau telur sangat hanyir ye :) please jangan main telur lagi.. 
so, dah tengok check list. you all agak2 siapa mastermind prank ni???? hurmm... the Mastermind is US .. so to make it fair n square, each of us will experience the birthday prank.. 

*gambar tak boleh diupload disebabkan beberapa faktor. 

notabutterfly: i love them :)

butterfly in my stomach

asslamualaikum. to all.

look at the title above :)
seriously so  many butterflies are flying in my stomach.
why?
haha..semalam 1st time jadi emcee untuk majlis formal di IPG tercinta ni..
alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar atas bantuan cik syida.
before majlis mula, seriously nervous plus tangan ni sejuk sangat2.. okay as if duduk kat kutub utara la pulak. rasa dalam perut ni macam gerak2.. hahaha..ala2 ada butterfly tengan terbang gitu.. then, after majlis settle, tiba2 rasa panas n butterfly is flying away.. peace:) saya berjaya melakukannya.
this is my 1st time but not the last time. i have four more years to go. practice make perfect :)

* kepada anda : majlis tu tak hancur okay! :p


notabutterfly:  i'm not going to continue all the 'seniority' that has been practiced by them. something has to be  
                     changed. :)....


Saturday, January 7, 2012

orientation days

assalamualaikum.. and morning to all

goodbye mr.foundation, thanks for treat me nicely. welcome mr.degree, please make me fall in love with you. 
dulu-PPISMP TESL1 intake JUNE2010
sekarang- PISMP TESL 1 intake JAN2012
dah hilang 'P' ke-2 tapi jangan risau sebab saya still lagi simpan kat dalam 'memory land' sy. sy takkan lupa anda even anda tukar nama. hahaahah..just crapping. 
cik bella dah masuk degree.almadulillah, dah tutup buku foundation and now sedang get ready nak bukak buku degree pulak. more subject to be explored and exposed. 

opppss.. terpanjang pulak mukadimahnya.. 
actually nak share about our orientation week which was held in just 3 days starting from 4th -6th Jan 2012. 
this is our 2nd time involved in this Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.. even dah setahun setengah kat sini, we all kena jugak attend and kena ikut adat turun temurun which is wearing 'tudung itik' within that week. 

sweet tak??

pernah persoalkan why we have to have this orientation. we all kan dah study kat sini almost 2 years so tak perlulah susah2 nak attend orientasi ni kan.. and i got the answer why.. both orientations PPISMP and PISMP were absolutely different. coz pengisiannya berbeza dari pelbagai aspek eg: academic and Kokuriikulum.

even just few days tapi banyak info yang we all dapat. 
eg: to get first class honor, must get 3.8.

and banyak jugak yang we all pertikaikan about our ipg. bout rules and regulation, financial, etc. 
one of yang we all argued was about new baju batik. 
we all kena beli batik corak baru which cost us RM195. padahal we all dah ada and baru pakai almost 2 years.  we all tak nampak kat mana kepentingannya. tapi..... terpaksa sebab we're forced to buy it.
and banyak lagi... tapi, sebagai student kat sini, we have to accept it. 

that's all i think, not really in the mood of typing and sharing about this entry. 
peace:)
till then..



nota butterfly: we are bound to the rules and regulation. just follow them and enjoy your life. we have own way of enjoying our life as a teacher to be. 












Saturday, September 24, 2011

raya @ipg kampus perempuan melayu melaka

assalamualaikum to all

syawal nak sampai ke penghujungnya.. this is the last weekend for syawal. and probably there're many houses going to be opened..hahaha.. and today i'm going to go a few more houses with my lovely sisters.. but then, this entry is going to story morry bout our aidilfitri celebration that was held yesterday. before the celebration, we had a few more agenda on the day such as monthly assembly, majlis punah bakti(persaraan lecturer), hari kualiti and celebration hari raya..

and one thing yang aku perasan hari ni tersangatlah ramai yang dressup in green... let's take a look..

1. mr.marzuki * ketua jabatan bahasa


2. mdm iswander kaur *social studies lecturer


3. my self..hehehe


4. and my lovely and sweet classmates

            .syida.me.fa.
5. oppss.. here is adila fazleen

orait then, no word to say. just pictures can tell the story of us.. haha..so enjoy the pictures..

               .polka dots.
         .me and ash.
               .makan.
                                    .ours.
                    .with our mum,mdm mastura.
                .fatin.

that's all for this entry.. thanks for reading..